Truly Sunshines ♥

Kay , jiwang.

Kalau orang yang tak pernah merasa , mungkin tak akan faham. Kalau orang yang tak pernah alami , mungkin tak akan pernah peduli. Mulut senang untuk berkata-kata , tapi hati ini siapa yang tahu ? Akuh akui akuh bukan yang terbaik namun akuh tetap akan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Siapa yang akan menilai ? Hanya manusia yang punya hati dan bukan sekadar mata pinjaman Illahi.


Pedih dikecewakan bukan sekadar untuk dipulih. Bukannya hanya untuk pulih buat sementara. Hati yang punya perasaan yang merasa. Dunia sekarang hanya fikirkan benda yang 'SEMPURNA' sahaja. Tapi adakah kita sendiri cukup sempurna untuk memiliki sesuatu yang sempurna ? Sempurna itu datang dari peribadi , bukan hanya fizikal semata-mata. #Fact.


Orang sekarang hanya pandang benda yang cantik , cun , hensem sahaja. Habis tuhh , kalau semua benda nak cantik , nak cun , nak hensem... yang tak cantik , tak cun dan tak hensem nak campak mane pulak ? Takkan nak dibiarkan terpinggir begitu sahaja ? Kau ingat kau Prince William yang mahu memiliki segala-galanya ? Mereka juga punya hati dan perasaan. Bukan engkau sahaja. Cantik tak akan kekal lama. Hensem jugak tak akan kekal lama. Jangan terlalu pandang fizikal semata-mata. Mungkin cantik hati , hensem peribadi yang akan kekal cun sampai bila-bila. .


Jangan pernah sakitkan hati orang , nanti orang akan sakitkan hati kita. Jangan pernah kecewakan orang , nanti kita pula yang akan dikecewakan. Tapi manusia selalu melakukan kesilapan. Manusia selalu tersalah langkah dalam mengatur setiap apa yang patut dilakukan dalam hidup. Akuh terima semua itu dengan prinsip. Manusia insan yang lemah yang selalu melakukan kesalahan. Tapi jangan ganggu akuh lagi setelah engkau sudah ada pengganti.


Begitu mudah masa sekarang orang bertukar-tukar pasangan. Macam beli baju kat bundle atau shawl dekat masjid India mahupun jalan Tar. Tak suka shawl ini , boleh beli shawl yang itu. Tak suka yang itu , boleh beli dekat tempat lain. Orang macam ini ada perasaan belas kasihan dan perikemanusiaan ke tak ? Hanya mementingkan perasaan sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Hanya mementingkan 'KEPERLUAN' sendiri tanpa memikirkan 'KEPERLUAN' orang lain. Inikah jenis orang yang kita perlukan ? OOhh , terlupa.. kita perlu berikan mereka peluang untuk terus hidup dan berubah(= #Katanyaa.


Susah sebenarnya nak predict hati orang lain. Semua orang bukan sama kan ? Ada yang baik , dan ada jugak yang jahat. Well , tak semestinya yang baik tu 'MEMANG' baik dan tak semestinya yang jahat tu memang tersangatlah jahat macam sya**** kan. Siapalah kita untuk menjudge orang. Kita bukan sesiapa dan juga bukan apa-apa.


Apa yang penting , akuh bahagia dengan hidup akuh sekarang. Jangan cari akuh lagi jika kau jatuh tersungkur sekali lagi. Akuh serik dan akuh malas dengan segala-2nyaaaa. Kbai.