Truly Sunshines ♥

Ku Tak Bisa.



Akuh terpaksa melepaskanmu , setelah sekian lama akuh memendam rasa terhadapmu. Akuh tidak punyai kekuatan untuk meluahkan perasaanku padamu. Akuh harap engkau akan mengerti perasaanku ini , tapi seribu kali sayang impian hanyalah impian. Bagai menanti buah yang tak akan gugur dari langit. Akuh beralah , kerana akuh tahu ada seseorang yang lebih menyayangi dirimu lebih dariku. Kerana pernah menyukaimu , kerana pernah menyayangimu , kerana pernah merinduimu , kerana pernah mencintaimu dalam diamku. Tapi kini , akuh biarkan ia berlalu bersama-sama titisan air hujan yang turun membasahi bumi seperti mana membasahi jua hatiku ini. Akuh harap , engkau berbahagia bersama si dia yang tercipta untukmu. Biarlah akuh di sini , terus menanti dan terus mencari. Andai ada jodohku , ada lah si dia untukku. Semoga Allah perkenankan doaku ini. Aminnnnn :)