Truly Sunshines ♥

#Penghujungnyaa :)

Hidup ini selalu dikaitkan dengan roda. Kadang-kadang kita gah di atas dan kadang-kadang kita jatuh tersungkur tanpa sesiapa menghulurkan secebis bantuan kepada kita. Kawan seribu tapi yang datang tolong mungkin seorang dan mungkin tiada. Pada ketika ini , siapa yang harus disalahkan ? Diri sendiri atau orang lain ?


Pengalaman sebenarnya mengajar kita untuk menjadi matang. Akuh pasti dalam kalangan kalian semua , pasti sudah pernah bercinta. Tapi adakah semuanya menemui kebahagiaan dalam setiap onak duri , riang bahagia setelah apa yang telah kalian lalui ? Akuh sendiri taktahu apa 'RASA' nya cinta >.<' Bercinta bukannya sesuatu perkara yang senang dan bercinta juga bukannya sesuatu perkara yang ringan yang boleh diambil ringan. Bagi sang lelaki , anda patut fikirkan si perempuan jika anda betul-betul pikirkan masa depan dan betul-betul sayangkan dia. Orang pernah cakap yang kalau si lelaki sayangkan perempuan , silalah bertemu dengan bakal mertua anda. Tapi macam mana nak bertemu jika anda sendiri masih di bawah tanggungan parents anda sendiri ? #pentingkan apa yang perlu dipentingkan dahulu


Lumrah alam jika kecewa dalam bercinta. Kecewa tak bermakna kita harus berputus asa dan juga tak bermakna kita harus putus harapan. Mungkin ada hikmah. Yaahhhhh , again. The VERY typical quote from me. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Kalau mungkin Allah selalu turunkan hujan dan suatu hari Allah bagi pelangi dekat kita , rasanya itu sudah memadai. Kenapa ade jea yang temui kebahagiaan selepas kecewa dalam percintaan ? Kenapa ade jea yang boleh gelak ketawa setelah nangis berduka ? Semuanye bergantung kepada kita untuk terima sesuatu dengan seadanya dan sabar , tabah dalam menghadapi segala onak duri kehidupan (=


Tak salah untuk mencuba dan tak salah untuk menerima kenyataan dengan hati yang terluka. Tapi kita kena ingat dan berpegang prinsip hidup. Tuhan menjadikan manusia berpasang-pasangan. mungkin pada mulanya belum tiba masa untuk kite mempunyai pasangan dan pada ketika itu , masih ada si adam/si hawa yang menanti anda untuk mengisi ruang kosong dalam hidupnya.


#Do not give up , the beginning is always the hardest ;)